Friday, September 4, 2009

BIG Day 2 Water Activity Time



Wokey setelah hari pertama berakhir dengan penuh kontroversi.. aku tahu bahawa BIG kali ini akan menjadi lain dari yang lain bak kata org.. Tiada Kesenangan tanpa Dugaan..

aku dan 2 org lg bdk PJ diarahkan memberi tazkirah subuh pada pagi tersebut..
acara ini sengaja diadakan untuk mencungkil bakat2 terpendam dikalangan bdk Pj untuk ditukar ke opsyen agama haha.. haha ternyata semua tak berbakat.. termasuk aku..

Pepagi buta.. lepas subuh.. geng Team Sobrequet Mejalankan Aktiviti Pagi Senamrobik Pantai.. no komen (-_-)



lepas breakfast.. kitaowag pegi ke stor IPTB yang meyimpan rahsia BIG selama 82 keturunan..

kami ghamai2 angkat bot.. pasang injin bot.. aku tunjuk skil ikatan pengakap masa ikat sauh.. en. Shaari ckp kalau ikat loose pauh ilang kamu selam g amek balik.. aku dgn pnuh kecuakan ikat 8m kali lagi bior mampus 8 keturunan baru leh bukak hehe..

Ikatan Buku Silambab..


oit rasa ko bot ni guna petrol ke NGV hah?


Kami serikandi Umar gagah perkasa hihihi (gelak sopan)


ni kombo bau ketiak 25 org punya mmg piaw..

okeh kerjasama yang mantap ditunjukan dari semua pihak kerna boat mececah gigi air dalam masa kurang dari 3 menet 14 saat..

Sebelom merentas laut cina selatan kami membaca doa untuk memohon perlindungan Allah..Amin..



seterusnya kami diberi taklimat mendalam cara2 mengendalikan kayak oleh en. Omar & en. Adnan

POP Quiz

1.Berikan Nama saintifik bahagian tengah, belakang & hadapan kayak.?

2.Jika kita hendak mengundur ke belakang apakah isyarat saintifik nyer?

3.Apakah Maksud akronim B.A.?

submit jawapan anda melalui komen 3 commenter pertama yang menjawab dengan betul akan memenangi kupon piza percuma!! cepat cepat!!

Di Laut

angkat Paddle jika maw kumpul..!!

Semasa di laut kami disuruh berpartner laki pompuan kerna.. pompuan ni kurang kederat.. kalau apa2 jadi tenagh laut ni laki buleh tulong.. alasan yg relevan dan diterima umum.. nanti kat sekolah pun wat mcm ni ya..

okes.. kita berkumpul dlm 5 kali gak.. wat rafting.. pastu di tengah lautan Tok sakah kami diarahkan

ABANDON BOAT!!!! kalau tak terjun saya tembak!!!

lanun kah? Pirate kah? Hujan Kah? Pn. Hajah Rohani nak lalu kah?

tidak.. inilah aktiviti water konpiden part 2 gila seyh terjun tengah tengah laut tu.. mengelabah gak.. mana nak tau ada ikin bilis ka.. ikan temenung ka.. yang duk tungu time makan daging cikgu..

ni kalau hangpa nak taw dipanggil rafting..

Abandon Boat!! gila kaki x cecah bwh beb..

FYI: Prabhu Ragawan classmate aku ni Fobia air.. sbb dulu kecik dia penah kena geletek dgn hantu air kat sunway lagoon.. tak tau la ada org kata ehh bukan aku kata.. tapi berbekalkan semangat kereta Waja.. Prabhu tetap terjun.. namun.. wei tulung aku wei..! uhuks..uhuks kami..uhuks.. tpaksa tlg gak..uhuks.. dia berjaya mengatasi Fobia beliau dgn jayanya..

sedang menyelamatkan Prabhu yang sedang digeletek

selepas itu kami semua diarahkan mendarat di sebuah pulau yang tak berpenghuni tetap.. parking kayak baek2 pastu lepak mkn bekalan yg dibawa tadi..


ni la pantai yg kami singgah..



pastu yg best tu solat style BIG.. solat atas pasir beb.. menurut kata en.Omar.. Pasir ni suci.. Solat itu bukan suatu yang sukar.. kita yang beranggapan yg solat itu susah.. niat solat kerana Allah taalla.. sedangkan atas pasir kita boleh solat ini kan pula shopping complex ye tak cikgu..
dengan penuh syahdu kami semua solat di atas pasir..

setelah angin sepoi berbisik (balikla woi nanti nak masak plak) kami tekan alarm kayak 'tiut tiut'
bunyinya dan trus start enjin kayak n berambus pulang ke pantai tok sakah...

semasa perjalanan pulang kami sengaja di test power oleh para lecturer... diowang lalu depan kayak kami dengan motobot.. gila berumbak rumbak.. motif mereka.. nak kasi kami tebalik dog dlm air.. namun mereka shilap.. kalau bebudak lain buleh la ni budak PJ beb..
berbekalkan kemahiran pergerakan asas tahap 18 Motor skills tahap 17setengah dan juga Prinsip bernoulli Max LvL

kami gelak je bila bot lalu.. keh keh keh...

namun nasib kami tak sebaik nasib geng KS yang dilandung <- (landa+lambung) ombak setinggi tangki air.. hasilnya 5 biji kayak karam sing walia karam.. dan 2 biji kayak karamjit singh rajakopal kopak bahagian depanya..

Alhamdulilah tiada seorang Guru pun tercedera dlm proses pembikinan post ini..

thats it for 2nd day..



No comments: